Thursday, 24 November 2011

kasih sayang sebenar!!!

   Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru,ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.


    Pelajar: "cikgu macam mana kita nk pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?       macam mana jaga kasih itu berkekalan?"
    Cikgu: "ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu jalan diatas rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali.Dan petik rumput yang PALING CANTIK,bawa kekelas"


      Apabila pelajar tersebut pulang kekelas,tiada sehelai rumput pun di tangannya..............Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?


     Pelajar: "tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang PALING CANTIK,memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK,maka saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari yang PALING CANTIK tanpa menoleh kebelakang lagi tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang PALING CANTIK,mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING CANTIK tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
      Cikgu: "ya itulah jawapanya.Maknanya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,jangan lah kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya,jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik.Maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.....


  Sekian....... 
 

2 comments: